SISTEM EKONOMI DI
MALAYSIA DULU HINGG KINI
Berdasarkan
daripada fakta sejarah, kegiatan ekonomi di Tanah Melayu bermula sejak dari
zaman logam lagi. Pada ketika itu, kegiatan ekonomi yang dijalankan dalam
bentuk pertanian bercucuk tanam dan penternakan. Pertanian merupakan asas dan
asal ekonomi hampir keseluruhan negara di dunia ini. Malangnya, akibat
perubahan masa struktur ekonomi ini telah berubah dengan memasukkan sektor
perindustrian dan sektor-sektor lain. Ianya berlaku sama ada secara sengaja atau
secara sendiri. Oleh itu, terdapat beberapa perkembangan ekonomi yang boleh
kita ketahui iaitu era pra penjajahan, era penjajahan, era kemerdekaan dan era
baru kini.
Pada era prapenjajahan,
bercucuk tanam dan penternakan adalah satu kegiatan sara diri yang menandakan
bermulanya kehidupan yang saling bergantungan antara satu sama lain. Contoh
barang-barang yang diperdagangkan pada era ini ialah emas, manik, besi, bijih
timah, daging dan rempah ratus. Maka wujud beberapa
pusat perdagangan menjadi tumpuan pedagang luar seperti di Guar Kepah dan
Pengkalan Bujang, Jederam Hilir (Selangor) dan Kuala Selinsing (Perak).
Selain itu, pembukaan Melaka oleh Parameswara telah membuka
lembaran baru dalam sejarah politik dan ekonomi semenanjung Malaysia.
Parameswara dinyatakan oleh para sejarawan mula berkerajaan di Melaka pada
kira-kira penghujung abad ke-14. Apabila beberapa buah kerajaan Melayu tua
seperti kerajaan Kedah Tua ditubuhkan kegiatan ekonomi bertambah rancak
sehingga menjadi pelabuhan antarabangsa dengan kapal-kapal dari India, China,
dan Asia Barat singgah untuk berlabuh.
Dari segi pertanian, penanaman padi dan tanaman lain
termasuklah kelapa, pisang dan buah-buahan dijalankan secara tradisional dan
secara kecil-kecilan. Kegiatan ekonomi umumnya didapati melalui gotong-royong ,
buruh keluarga dan sebahagiannya melalui tenaga kerahan. Pembesar negeri atau
golongan bangsawan biasanya memungut cukai hasil pertanian dan barang dagangan
sebagai hasil negara.
Seterusnya, pada
era penjajahan pula Tanah Melayu telah
dijajah kuasa asing selama 446 tahun bermula pada tahun 1511 sehingga 31 Ogos
1957 yang melibatkan negara Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Hal ini
demikian, barang-barang yang diminati di Eropah adalah emas, rempah dan kain
sutera. Mereka telah meninjau dan menguasai kekayaan tersebut apabila melihat
kemakmuran dan kepesatan ekonomi di samping kedudukan strategik iaitu di
tengah-tengah jalan laut timur barat. Portugis dan Belanda menjajah Tanah
Melayu selama 313 tahun. Namun begitu penjajahan mereka di negara kita kurang
memberi kesan kepada ekonomi negara kecuali penerusan aktiviti yang telah sedia
ada, kerana tidak bertindak untuk mengeksploitasi sumber secara besar-besaran.
Pada tahun 1824, Perjanjian Inggeris-Belanda telah membuka era penjajahan
British di Tanah Melayu. Bermula pada saat itu berlaku perubahan besar dalam
ekonomi hasil daripada campur tangan British ke atas hal ehwal ekonomi, politik
dan sosial Tanah Melayu dan sekali gus mengubah struktur ekonomi dan politik
Tanah Melayu. Tanah Melayu dikuasai oleh Inggeris tidak melalui kekerasan atau
peperangan tetapi melalui sistem diplomasi melalui sistem penasihat. Kuasa
pemerintah terlucut sedikit demi sedikit daripada raja yang memerintah.
Seterusnya, sektor perlombongan beralih tangan kepada pemodal-pemodal Inggeris
apabila mereka mempunyai keupayaan modal. Para pemodal Inggeris, telah
menguasai lebih 65 peratus daripada jumlah keluaran timah dan lebih daripada 75
peratus kawasan perladangan getah di negara ini pada tahun 1930an dan makin
meningkat sehingga negara merdeka.
Disamping itu,
pada era kemerdekaan ekonomi Malaysia
bergantung pada pengeluaran dan eksport getah dan bijih timah. Pengeluaran dan
eksport kedua-dua komoditi ini adalah yang terpenting pada awal tahun 1960an.
Walaupun Malaysia merupakan pengeluar terbesar kedua-dua komoditi tersebut,
harga getah adalah di luar kawalannya. Ia dipengaruhi oleh pembeli iaitu
negara-negara maju. Bagi mengurangkan masalah yang dihadapi berikutan turun
naik harga, struktur ekonomi negara perlu diubah suai. Rancangan ekonomi yang
pertama (RPE 1) atau juga dikenali sebagai Rancangan Malaya ekonomi yang
meliputi tahun 1956-60 buat kali pertama diperkenalkan oleh kerajaan. Pada
tahun 1956 lembaga kemajuan Tanah persekutuan (FELDA) ditubuhkan bertujuan
untuk mengatasi masalah petani yang kekurangan Tanah di samping meningkatkan
pendapatan dan kehidupan keluarga petani. Pada dekat 1980an merupakan dekad
yang penuh cabaran bagi ekonomi Malaysia. Untuk menggerakkan ekonomi, kerajaan
mengambil langkah melibatkan diri dalambeberapa bidang industri berat.
Penglibatan ini adalah juga bagi mengurangkan pergantungan ke atas import
barangan modal dan memodenkan serta mempelbagaikan lagi sektor
perkilangan. Penglibatan langsung
kerajaan dalam kegiatan ekonomi ketika ekonomi dunia dilanda kemelesetan telah
membawa beberapa masalah kepada ekonomi negara. Keadaan menjadi lebih teruk
berikutan kejatuhan hampir kesemua harga komoditi utama pada tahun 1985
disebabkan oleh kemelesetan ekonomi. Ianya juga turut menjejaskan kedudukan
kewangan negara. RPE2 dilancarkan pada tahun 1991. Namun kedua-dua RPE masih
memberi tumpuan kepada sektor pertanian yang merupakan tunjang ekonomi Malaysia
pada ketika itu.
Era Baru Kini
Di alam tahun 2007, ekonomi Malaysia adalah negara yang
mempunyai ekonomi ke-29 terbesar di dunia. Ada dua konsep yang digunakan untuk
mengukur pendapatan negara iaitu Keluaran Negara Kasar (KNK) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Kedua- dua konsep ini dipanggil kasar kerana nilai tersebut termasuk susut
nilai. Keluaran dalam negara kasar bagi tahun 2007 dianggarkan berjumlah $357.9
bilion dengan suatu kadar tumbesaran sebanyak 5% hingga 7% semenjak 2007. KNK
mengukur nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh factor-faktor
pengeluaran yang dimiliki oleh sesebuah negara, sama ada mereka berada dalam
negara itu sendiri ataupun di luar negara. Faktor-faktor pengeluaran di sini
yang bermaksud sumber-sumber yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan
tersebut iaitu sumber asli seperti
tanah, modal, tenaga buruh dan pengurusan. Contohnya ialah terdapat rakyat
Malaysia yang bekerja di Amerika. Pendapatan yang dihantar balik oleh pekerja
ini akan diambil kira pendapatan yang dihasilkan oleh warganegara kita,
sebarang pendapatan yang diperoleh oleh warganegara asing di negara kita tidak
merupakan sebahagian daripada KNK.
Sementara KDNK pula mengambil kira nilai barangan dan
perkhidmatan yang dihasilkan oleh semua faktor pengeluaran yang terdapat dalam
sesebuah negara tanpa mengira pemiliknya. Konsep ini turut mengambil kira
barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh rakyat asing yang tinggal dan
bekerja di negara kita. Ianya mengukur jumlah pengeluaran dalam sesebuah negara
tanpa mengira sama ada pengeluaran itu dihasilkan oleh penduduk tempatan atau
luar negara. Oleh sebab itu ia dipanggil keluaran dalam negara.
Pertumbuhan ekonomi negara perlu dicapai tanpa menjejaskan
sumber semula jadi Malaysia. Negara tidak akan mencapai status berpendapatan
tinggi sekiranya pendapatannya hanya diperolehi daripada hasil sumber semula
jadi. Selain itu, Malaysia akan berfokus kepada pelaburan yang dipacu oleh sektor swasta supaya tidak terlalu bergantung
kepada pembiayaan Kerajaan. Seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan
komited untuk mengurangkan defisit fiskalnya daripada 7 peratus pada 2009
kepada 3 peratus pada 2015. Dari aspek alam sekitar pula, kerajaan komited
terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan sumber yang tidak boleh
diperbaharui. Kerajaan akan memastikan bahawa sumber alam sekitar dinilai
sewajarnya dan kos penuh pembangunan difahami sebelum keputusan pelaburan
dilaksanakan.
Pada masa ini, sektor pembuatan iaitu perkilangan menjadi
sektor utama dalam ekonomi negara. Setelah berdekad lamanya menumpukan usaha
mempelbagaikan ekonomi, baik dalam sektor pertanian mahupun industry, kini
ekonomi Malaysia kurang terdedah kepada turun naik harga komoditi. Sektor
pembuatan juga merupakan sektor yang membantu ekonomi negara keluar daripada
kemelut kemelesetan ekonomi pada tahun 1998. Sumbangan sektor ini terhadap
eksport negara telah memperkukuh kedudukan rizab negara. Di samping itu, sektor
perkhidmatan merupakan sektor yang menjadi semakin penting terutamanya dengan
perkembangan pesat industri maklumat dan pentingnya ekonomi kepada negara.
Malahan kerajaan juga telah menggalakkan pertumbuhan dalam sektor teknologi
maklumat dan teknologi bio. Hal ini demikian, kedua-dua sektor ini dijangka
akan menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi negara sejajar dengan
perkembangan sektor ini di arena antarabangsa.
bagus maklumat ini.tetapi jikalau boleh senaraikan kaedah untuk meningkatkan ekonomi dalam sesebuah negara.
ReplyDeleteKegiatan ekonomi kini macam terdapat pelbagai pekerjaan seperti?
ReplyDeleteapa perbezaan kegiatan ekonomi buat masa dahulu ngan masa sekarang??
ReplyDeleteapa beza kegiatan ekonomi dahulu dengan sekarang???
ReplyDeleteHaah
Delete