Sesungguhnya tidak aku berdiam diri kerana aku tidak cinta tetapi kerana cinta lah yang menguatkan aku sehingga ke hari ini. Aku masih berjuang sehingga ke hari ini. Perjuangan yang masih belum selesai kerana aku bukan insan yang mudah mengalah untuk sesuatu perkara yang belum pasti kebahagiaannya. Aku percaya ini yang Allah kehendaki daripada aku. Percaya pada Nya dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan niat dan cara yang baik, Allah sentiasa bersama manusia yang dikhianati dan Allah sentiasa membantuku. Biarlah apa yang kau mahu lakukan, terus lah kau lakukan wahai sahabat ku kerana kuasa Allah lagi besar dari kuasa sihirmu. Tiada duka yang abadi di dunia ini. Dan tidak ada sesuatu melainkan Allah menjadikan sesuatu untukmu.
Bersabarlah kau di sana sayang. Kita insan teraniaya. Tunggu aku datang menyelamatkan mu. Tak mungkin aku berpaling arah hanya kerana syaitan itu. Allah bersama kita. Dan andainya suatu hari nanti kita sudah sembuh. Aku mahu engkau menjadi imamku sehingga akhir hayat. In Shaa Allah .
No comments:
Post a Comment