Thursday, 7 May 2015

Insan teraniaya


Sesungguhnya tidak aku berdiam diri kerana aku tidak cinta tetapi kerana cinta lah yang menguatkan aku sehingga ke hari ini. Aku masih berjuang sehingga ke hari ini. Perjuangan yang masih belum selesai kerana aku bukan insan yang mudah mengalah untuk sesuatu perkara yang belum pasti kebahagiaannya. Aku percaya ini yang Allah kehendaki daripada aku. Percaya pada Nya dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan niat dan cara yang baik, Allah sentiasa bersama manusia yang dikhianati dan Allah sentiasa membantuku. Biarlah apa yang kau mahu lakukan, terus lah kau lakukan wahai sahabat ku kerana kuasa Allah lagi besar dari kuasa sihirmu. Tiada duka yang abadi di dunia ini. Dan tidak ada sesuatu melainkan Allah menjadikan sesuatu untukmu. 

Bersabarlah kau di sana sayang. Kita insan teraniaya. Tunggu aku datang menyelamatkan mu. Tak mungkin aku  berpaling arah hanya kerana syaitan itu. Allah bersama kita. Dan andainya suatu hari nanti kita sudah sembuh. Aku mahu engkau menjadi imamku sehingga akhir hayat. In Shaa Allah .

Saturday, 28 March 2015

Pesta Buku Utara 2015



Buku dengan pelajar tidak boleh dipisahkan lagi. Kalau tidak bagaimana mahu menjadi graduan yang berilmu kelak? Begini lah keadaan di pesta buku UUM. Pelbagai jenis buku kita dapat di sini cuma apa perlu kita buat adalah pilih dan beli, siap! Lebih-lebih lagi sekarang ni semua pelajar di Malaysia dah dapat voucher buku RM250 so gunalah kepada benda yang bermanfaat. 


Kat atas ni gambar Al-Quran. Perasan tak? haa gambar ni macam kabur sedikit.maaf. Al-Quran ni untuk diwakafkan kepada sekolah tahfiz rasanya. Bagi sesiapa yang ingin mencari saham akhirat boleh lah membeli Al-Quran di sini dengan harga RM25 sebuah kemudian diwakafkan ke mana-mana. Proses untuk diwakafkan adalah bawah tanggungjawab UUM. Selepas membuat pembayaran kita perlu menulis tiga nama di belakang Al-Quran tersebut. Jadiii In Shaa Allah nama yang ada pada Al-Quran tersebut akan mendapat pahala yang berpanjangan selagi ianya dibaca dan terus digunakan oleh orang ramai. Itulah namanya saham akhirat. Untuk pembelian ini, voucher buku Malaysia tak diterima. Alahh jangan lah kedekut. Topup selang 2 hari RM10 untuk buah hati boleh. Takkan beli Al-Quran kedekut. =)

Membaca itu jambatan ilmu. Bagi saya korang bacalah buku apa-apa pun samada novel atau majalah asalkan ianya bermanfaat semuanya adalah ilmu. Jadi mari ke pesta buku !