Buku dengan pelajar tidak boleh dipisahkan lagi. Kalau tidak bagaimana mahu menjadi graduan yang berilmu kelak? Begini lah keadaan di pesta buku UUM. Pelbagai jenis buku kita dapat di sini cuma apa perlu kita buat adalah pilih dan beli, siap! Lebih-lebih lagi sekarang ni semua pelajar di Malaysia dah dapat voucher buku RM250 so gunalah kepada benda yang bermanfaat.
Kat atas ni gambar Al-Quran. Perasan tak? haa gambar ni macam kabur sedikit.maaf. Al-Quran ni untuk diwakafkan kepada sekolah tahfiz rasanya. Bagi sesiapa yang ingin mencari saham akhirat boleh lah membeli Al-Quran di sini dengan harga RM25 sebuah kemudian diwakafkan ke mana-mana. Proses untuk diwakafkan adalah bawah tanggungjawab UUM. Selepas membuat pembayaran kita perlu menulis tiga nama di belakang Al-Quran tersebut. Jadiii In Shaa Allah nama yang ada pada Al-Quran tersebut akan mendapat pahala yang berpanjangan selagi ianya dibaca dan terus digunakan oleh orang ramai. Itulah namanya saham akhirat. Untuk pembelian ini, voucher buku Malaysia tak diterima. Alahh jangan lah kedekut. Topup selang 2 hari RM10 untuk buah hati boleh. Takkan beli Al-Quran kedekut. =)
Membaca itu jambatan ilmu. Bagi saya korang bacalah buku apa-apa pun samada novel atau majalah asalkan ianya bermanfaat semuanya adalah ilmu. Jadi mari ke pesta buku !